Pages

Tuesday 27 March 2012

kisah2 pengantin -Cerita 2


Solat Subuh


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat- punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon,depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.


Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."


Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi. ..

Friday 23 March 2012

kisah2 pengantin - Cerita 1


sesiang td time2 keje dpt email lawak ni.. subjek email kisah2 pengantin...terhibur n ilang sikit ngantok ak bace cite2 lawak nih.. hehe ni cite bukan sekadar lawak je k.. de gak yg boleh jadikan teladan n sempadan.. enjoy your reading.. hehe ^_^


Cerita 1
Alahai Menantu


Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg
cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la
seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup 
sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari
berkahwin..seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib
berkumandang. .pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.
seman gelabah..sbb sebelum ini dia tak pernah solat.


Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner
ni..abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan. . 
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah
alfatihah.." bismillahirrahma nir rahim..." seman pun turut membaca
bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmani r rahim..."


Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je
yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat
seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.


pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat
seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak
kasim."ish! gila ke menantu aku ni??"


Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut
berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan 
diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba
pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut 
menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.


Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena 
berlari.."


(huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)

Tuesday 13 March 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening

asssalamualaikum n salam sejahtera..




eh2 ak di jempot pleh cik yaya tok join segmen ni.. hehe 2nd time join segmen2 nih...Tambah Follower Sampai Pening 

tok segmen sebelum ni berjaya jugak la ak menambah follower but.. ak segan kot da lame x update.. bler update lak cite sedey.. x bla btol.. padahal ak malaz la nk sedey2 nih..adeh....ok.. 

meh la kengkawan kite tmbah2 follower lg smpai pening eh.. meh join segmen cik yaya ni.. hehe have a nice day ^_^

luv Nada

Thursday 8 March 2012

CinTa




<3... <3.. <3

Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,

Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..

Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,

Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,

Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,

<3 .. <3.. <3


=(

ade cm x de.. bler x de mmg x de langsung la..

hurm kne la byk saba.. tp ak bkn jenis yg bley saba sgt...

dulu mgkin ye.. segala simpan kat hati n segala luah kat blog..

but now on??? sume simpan kat ati..tp x ley nk meluahkan...sampai kan bile ia tersimpan lama ak rasa nk marah sume org... sume keje x menjadi...hurm sampai cm tu skali kan.. rasa benda x bleh nk lepas.. nk cite kat kawan2 cmfm2 nnt sume bosan nk dgr cite...tp kat sape lg ak nk meluahkan...

i need a diary.. as before...having a diary no need fren to story2 all my felling right now..nk diary merah cm nih!! can i??? sape nk bg??? pleaseee!!!!!