Friday, 28 October 2011

Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati)

Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


Tenang Dihujung Usia.
-aNa-


C n P from FB untuk berkongsi dgn kawan2..

Ɩ♥ѵӗ U ayah ♥

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk... menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..I love my papa..



Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

Thursday, 27 October 2011

cuakkk!!

Check up pg td alhamdulillah la ok..pny x makan dr malam td smpai pg bgn2 tido menggigil..hak2 akibat x mkn la tu.. X mau chek up kang gagal plak.. Dok dating kat klinik tu pny la lame dekat 2 jam jugak..nk tunggu gliran hampir2 2jam jmp doct 2minit jek..hampeh tul..da satlle sume amek appmnt baru..

Then abah nyer checkup kol 2ptg..anto abah g klinik.. Ak lak g RHB ƗƗɐƗƗɐ "̮.‎​ buat ape ye??? Ak bkk accnt ASB laaa.. Nk start mengumpul.hehe da sattle semua ak g klinik balik amek abah. Mak ak g msuk klinik ak lak merewang g gerai member ak..lepak2 jap mak ak panggil ckp bapak ak x de kat klinik.

Pnye la cuak..ingt bapak ak ni kne bawak g hospital ke pe sbb td de ambulans kuar dr klinik tu.tepon2 bapak ak. X d angkat.. Aiseeehhh.. Mmg cuak gak.. Tny2 nurse kate bapak x de.. Then mak ak cube la usha kat kedai mamak dpn klinik tu.. Upe2 nyer bapak ak da kat ctu..hhaha ilang segala cuak sume..wat saspen je bapak ak ni.. Ingt da kne angkut da.. Haha pengajarannyer jgn tgl bapak sorg2 kat klinik..

Eh de kaitan ke?? Ahaha cerita ari ini...hehe
Check up pg td alhamdulillah la ok..pny x makan dr malam td smpai pg bgn2 tido menggigil..hak2 akibat x mkn la tu.. X mau chek up kang gagal plak.. Dok dating kat klinik tu pny la lame dekat 2 jam jugak..nk tunggu gliran hampir2 2jam jmp doct 2minit jek..hampeh tul..da satlle sume amek appmnt baru..

Then abah nyer checkup kol 2ptg..anto abah g klinik.. Ak lak g RHB ƗƗɐƗƗɐ "̮.‎​ buat ape ye??? Ak bkk accnt ASB laaa.. Nk start mengumpul.hehe da sattle semua ak g klinik balik amek abah. Mak ak g msuk klinik ak lak merewang g gerai member ak..lepak2 jap mak ak panggil ckp bapak ak x de kat klinik.

Pnye la cuak..ingt bapak ak ni kne bawak g hospital ke pe sbb td de ambulans kuar dr klinik tu.tepon2 bapak ak. X d angkat.. Aiseeehhh.. Mmg cuak gak.. Tny2 nurse kate bapak x de.. Then mak ak cube la usha kat kedai mamak dpn klinik tu.. Upe2 nyer bapak ak da kat ctu..hhaha ilang segala cuak sume..wat saspen je bapak ak ni.. Ingt da kne angkut da.. Haha pengajarannyer jgn tgl bapak sorg2 kat klinik..

Eh de kaitan ke?? Ahaha cerita ari ini...hehe

Wednesday, 26 October 2011

sekadar utk renungan..

NANGIS BACA INI ::

Aku mempunyai pasangan hidup...
Saat senang aku cari pasanganku
Saat sedih aku cari ibu
Saat berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Saat gagal aku ceritakan pada ibu
Saat bahagia aku peluk erat pasanganku
Saat sedih aku peluk erat ibuku
Saat liburan aku bawa pasanganku
Saat aku sibuk anak diantr ke rumah ibu
Saat sambut valentine slalu beri hadiah pada pasangan.
Saat sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu ibu yg ingat aku
Setiap saat aku akan tlpon pasanganku
Kalau ingt aku akan tlpon ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku akan belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
Ibu tdk mnta banyak... lima puluh sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau ibu sudah tiada..........
Ibu aku RINDU.......AKU RIIINDDUU... SANGAT RINDU....
Berapa bnyk yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa bnyk yang sanggup melap muntah ibunya.....
berapa bnyk yang sanggup mengganti lampin ibunya.....
berapa bnyk yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa bnyk yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa bnyk yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....

Dan akhir sekali berapa bnyk yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Renungkan la ea.. Ak copy paste bende ni utk peringatan pada dri sndri..klu da x de org tue baru nk hegeh ckp rndu ke pe mmg da telambat kan...SAYANGI IBU BAPA selagi ada hayat..Sekian terimakasih..(^_^)Y

Monday, 24 October 2011

mari membaca

mari membace =D (dipetik dari Dunia Macam-macam)

Yang Harus Diikut:

1. Jika Orang Buat Kita Susah,Anggaplah Itu Adalah Limpahan Rezeki.

2. Mulai Hari Ini, Belajarlah Setiap Hari Menyenangkan Hati Orang Lain.

3. Jika Kamu Merasa Pahit Dalam Hidupmu Dengan Suatu Tujuan, Itulah Bahagia.

4. Lari dan Berlarilah Yang Cepat Untuk Mengejar Hari Esok.

5. Setiap Hari Kamu Sudah Harus Merasa Puas Dengan Apa Yang Kamu Miliki Saat Ini.

6. Setiap Kali Kalau Ada Orang Yang Memberi Kamu Satu, Kamu Harus Mengembalikannya 10x Lipatganda.

7. Nilailah Kebaikan Orang Lain Terhadap Kamu, Tetapi Hapuskanlah Semua Jasa Yang Pernah Kamu Berikan Kepada Orang Lain.

8. Dalam Keadaan Benar Kamu Difitnah, Dipersalahkan dan Dihukum, Maka Kamu Akan
Mendapat Pahala.

9. Dalam Keadaan Salah Kamu Dipuji dan Dibenarkan, Itu Merupakan Hukuman.

10. Orang Yang Benar Kita Bela, Orang Yang Salah Kita Beri Nasihat.

11. Jika Perbuatan Kamu Benar, Kamu Difitnah dan Dipersalahkan, Tetapi Kamu
Menerimanya, Maka Akan Datang Rezeki Kepadamu Yang Berlimpah Ruah.

12. Jangan Selalu Melihat/Mengecam Kesalahan Orang Lain, Tetapi Selalu Melihat Diri Sendiri, Itulah Kebenaran.

13. Orang Yang Baik Diajak Bergaul, Tetapi Orang Yang Jahat Dikasihani.

14. Dua Orang Saling Mengakui Kesalahan Masing-Masing, Maka Dua Orang Tersebut Akan Bersahabat Sepanjang Masa.

15. Saling Salah Menyalahkan, Maka Akan Mengakibatkan Putus Hubungan.

16. Kalau Kamu Ikhlas Menolong Orang Yang Dalam Keadaan Susah, Maka Jangan Sampai Diketahui Bahawa Kamu Sebagai Penolongnya.

17. Jangan Membicarakan Sedikitpun Keburukan Orang Dibelakangnya, Sebab Kamu Akan Dinilai Buruk Oleh Si Pendengar.

18. Kalau Kamu Mengetahui Orang Itu Berbuat Salah, Maka Teruslah Tegur Dengan Kata-Kata Yang Lemah-Lembut Sehingga Orang Itu Menjadi Lebih Insaf.

19. Doa dan Sembah – Sujudmu Akan Allah Terima, Apabila Kamu Boleh Sabar dan Menuruti Jalan Yang DiRedhaiNya

Sunday, 23 October 2011

HATI-HATILAH atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

HATI-HATILAH atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

✿~ Sahabat yang TAMAK: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri..

✿~ Sahabat HIPOKRIT: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup..

✿~ Sahabat PENGAMPU: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu..

✿~ Sahabat PEMBOROS dan SUKA HIBURAN: ia menjadi kawanmu jika kamu suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan..

>>> Pepatah Arab :
Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita..

.....

”Maukah aku ajarkan kepadamu sebuah do’a yang apabila kau baca maka Allah ta’aala akan menghilangkan kebingunganmu dan melunasi hutangmu?” Ia menjawab: ”Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, ”Jika kau berada di waktu pagi maupun sore hari, bacalah do’a:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari tekanan hutang dan kesewenang-wenangan manusia

sifat pemarah..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Jika anda rasa benda ini dapat memberi manfaat, sila tekan butang "SHARE" untuk dikongsi di wall masing-masing..

Allahu'alam.

Saturday, 22 October 2011

MAKSUD WANITA MENANGIS:

MAKSUD WANITA MENANGIS:

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki,,

Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis karenamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya…
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkan….
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu…

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan
Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki
Pikirkanlah tentang hal itu,,
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawabannya.. ..
Pertimbangkanlah
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘MAAF’!!

“People will forget what you said,
People will forget what you did
But people will not forget,
How you made them feel”

sekadar untuk dikongsi bersame =D

Friday, 21 October 2011

Rahsia Hati Seorang Perempuan

󾌵󾬑󾬒Minta kaum lelaki baca󾬒󾬑 󾌵

󾬐 Rahasia Hati Seorang Perempuan󾬐

󾬗(¯`v´¯)󾭩󾬑󾭩
󾬗`•.¸.•(¯`v´¯) 󾭩󾬑󾭩
󾬗........`•.¸.•``(´'`v´'`)󾭩󾬑󾭩
󾬗. ...󾭡󾬑...󾬑`•.¸.•´󾬑󾭡󾬑*󾭩 ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ󾬑*󾭩
󾬘󾫺 SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian 󾭡(✿◠‿◠)

󾬑󾫺 CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja 󾭷(✿◠‿◠)

󾬘󾫺HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM 󾭡(✿◠‿◠)

󾬑󾫺 IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui󾭷 (✿◠‿◠)

󾬘󾫺 KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah 󾭡(✿◠‿◠)

󾬑󾫺 PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam 󾭷 (✿◠‿◠)

󾬘󾫺 MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum 󾭡 (✿◠‿◠)

󾬑 󾫺EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya 󾭷 (✿◠‿◠)

󾬑 󾫺CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati󾭡(✿◠‿◠)

󾬘 󾫺SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita 󾭷(✿◠‿◠)

Sunday, 16 October 2011

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA

::BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA::

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

(Pakar diari hati)
Copy paste from FB

Saturday, 15 October 2011

..wanita..

Seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cintanya berpuluh2 tahun...
Namun sayang, seorang wanita tak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau hanya sesaat pun....;)

Status dr seorng member d facebook..sori nuyunu zailan..curi status ƗƗɐƗƗɐ "̮.‎​
Cube renungkan pe maksud ayat2 tu.. Bg ak 100 % ak sokong.. Tp x ramai lelaki akan faham pe yg wanita lalui.. Betol x.. Ok sekian je buat kali ni.. Hanya nk berkongsi..

Thursday, 13 October 2011

Tips CINTA..

Tips CINTA..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.....<3
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah....<3
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga....<3
Cintailah sahabatmu kerana sahabat mereka akan menemani saat kau kebuntuan.....<3
Cintailah ilmu kerana martabatmu akan Allah angkat setinggi-tingginya...<3
Dan,janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki...(^___^)

Tuesday, 11 October 2011

~ALLAH knows BESt!~♥

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Monday, 10 October 2011

Adam dan Hawa

TULANG RUSUK ADAM yang HILANG itu, BIARLAH DIA, yang MENCARINYA SENDIRI. HAWA pula, TUNGGU dan BERSABARLAH, TIDAK PERLU KAMU MENCARI SI ADAM. Kerana, KAMU TETAP TULANG RUSUKNYA yang HILANG, DIA TETAP,AKAN DATANG dan MENGAMBILMU SUATU HARI NANTI. APA YANG BOLEH KAMU USAHAKAN ialah BERDOA, agar, SI ADAM YANG DATANG ITU, adalah ADAM YANG BERAGAMA, BERAMAL DENGAN AGAMANYA dan PUNYA AKHLAK YANG BAIK. Dengan kata lain, DAPAT MEMBIMBING KAMU KE JALAN YANG LURUS UNTUK KE SYURGA . ♥ :)

petikan dari Tasya Hajazi!!

Friday, 7 October 2011

jangan beri harapan

Jangan jadi terlalu baik ,
saya takut akan merindui awak.
Jangan terlalu mengambil berat,
saya mungkin akan menyukai awak.
Jangan pula terlalu rapat ,
saya mungkin jatuh hati kepada awak.
Amat sukar andai saya menyayangi awak nanti
saya takut awk tak membalasnya.

Monday, 3 October 2011

kaktus dan ulat bulu..

Bila kita minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,diberiNya kaktus berduri.
Bila minta kupu-kupu,diberi ulat bulu.

Kita sedih dan kecewa...
namun kemudian...

kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu -kupu yang sangat cantik.

Itulah jalan TUHAN , indah pada masaNYA !

Sunday, 2 October 2011

cinta...

Kamu TIDAK pernah TAHU bila kamu akan JATUH CINTA. namun apabila sampai SAATNTA itu, RAIHLAH dengan KEDUA TANGANMU,dan jangan BIARKAN dia PERGI dengan SEJUTA RASA tanda tanya DIHATINYA -.-